PEUGEOT 408 SERBA BAHARU KINI DI MALAYSIA - DARI RM146,055

oleh Firdaus Razani|
Stellantis Malaysia baharu sahaja melancarkan model pertamanya dan merupakan model serba baharu dibawah jenama Peugeot iaitu Peugeot 408.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PEUGEOT 408 serba baharu menyerlahkan perubahan radikal berbanding model terdahulu yang membolehkannya memenangi anugerah reka bentuk terbaik Red Dot 2023 yang berprestij.

 

408

 

Gaya luaran PEUGEOT 408 direka berdasarkan kepada manifesto rekaan baharu iaitu ‘The Language of Attraction’ yang menunjukkan kelahiran semula jenama PEUGEOT yang menggabungkan tiga nilai utama iaitu Memikat (Allure), Emosi (Emotion) dan Kecemerlangan (Excellence).

 

408

 

Peugeot 408 merupakan sebuah sedan segmen-C yang menampilkan ciri reka bentuk crossover dengan siluet fastback menyerlahkan garis badan dengan elemen singa yang disalurkan menerusi pelbagai elemen gayaan.

 

408

 

PEUGEOT 408 serba baharu mengetengahkan emblem jenama yang terkini dan diletakkan di tengah-tengah bersama gril jeriji vertikal yang diwarnakan dengan warna badan.

 

408

 

Ia turut menampilkan lampu hadapan PEUGEOT Signature Light serba baharu dengan kluster lampu utama LED tersendiri yang merangkumi sepasang jalur lampu nyalaan siang berbentuk taring singa.

 

408

 

Bagi Varian GT, ia dilengkapi lampu utama dengan teknologi Matrix LED yang menampilkan fungsi lampu tinggi automatik untuk suluhan cahaya optimum dalam suasana gelap.

PEUGEOT 408 serba baharu turut menampilkan rekaan tiga cakaran 3D yang tersendiri, dan lampu LED belakang diserlahkan lagi dengan lekuk pada bampar belakang.

 

408

 

Dibina atas platform EMP2 (Efficient Modular Platform) multi-tenaga, PEUGEOT 408 memiliki dimensi 4,687mm panjang, 1,859mm lebar dan tinggi 1,487mm, dan jarak roda 2,787mm.

Ia dinadikan dengan enjin PureTech turbo 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 218hp pada 5,750rpm dan tork 300Nm pada 2,000rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik EAT8 8-kelajuan.

PEUGEOT 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna, iaitu Perla Nera Black, Okenite White, Artense Grey dan Obsession Blue bersama tiga kemasan atau varian berbeza iaitu Allure, Premium dan GT.

 

408

 

Untuk Varian Allure, ia dilengkapi rim Granite Grey bersaiz 18-inci, manakala varian Premium menerima rim Granite Black 18-inci dan Monolithe Black bersaiz 20-inci yang eksklusif untuk varian GT.

 

408

 

Pada bahagian kabin dalaman Peugeot 408 terbaharu ini, ia menampilkan skrin bersaiz 10-inci pada konsol tengah itu diposisikan pada sudut yang ergonomik ke arah pemandu.

Sistem tersebut merangkumi i-Toggles boleh ubah, ia disusun di bawah satu baris skrin yang menawarkan pengalaman pengguna yang intuitif.

 

408

 

i-Toggles menyediakan jalan pintas kepada pelbagai tetapan termasuklah kawalan suhu, radio, navigasi dan banyak lagi. 

Ciri-ciri eksklusif Peugeot 408 serba baharu yang terdapat pada varian GT adalah ;

 

  • Lampu utama Matrix LED dengan ciri Automatic Beam
  • Lampu belakang LED bersama 3D ‘Claw Effect’
  • Kluster Meter Digital 3D Quartz 
  • Ciri sentuhan i-Toggles yang boleh dikonfigurasikan
  • Sistem Hi-Fi Premium FOCAL® 
  • Kamera 360°
  • Tempat duduk yang mendapat perakuan daripada AGR* dan ciri memori untuk pemandu 
  • Fungsi urutan multi-spot untuk penumpang hadapan dan pemandu

 

Selain didatangkan dengan enam beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua varian.

 

408

 

Varian Premium dan GT hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemanduan generasi terkini yang komprehensif seperti berikut;

 

  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri Stop and Go (Adaptive Cruise Control with Stop and Go)
  • Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran (Automatic emergency braking with collision warning)
  • Amaran perubahan laluan aktif (Active lane departure warning)
  • Amaran Kepekaan Pemandu (Driver Attention Alert)
  • Pemantauan buta jarak jauh (Long-range blind spot monitoring)
  • Amaran Trafik Belakang (Rear Traffic Alert)
  • Kamera undur 180° berdefinisi tinggi
  • Bantuan parkir 360°

 

PEUGEOT 408 baharu ditawarkan bermula pada harga dari RM146,055 untuk varian Allure, RM166,055 bagi Premium dan RM196,055 untuk model flagship GT.

Ia turut hadir dengan jaminan selama 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu. 

 

408

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008…
Berita Global
Selari dengan peredaran zaman dan permintaan terhadap sedan yang semakin menurun, Peugeot cuba…
Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…