Mercedes-Benz EQS 2024, rupa depan lebih tegap, jarak bertambah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz EQS 2024
Mercedes-Benz EQS 2024
Mercedes-Benz mempunyai siri kenderaan elektrik (EV) yang dikenali sebagai EQ dan turut ditawarkan di pasaran tempatan.

Satu perkara menarik mengenai model EQ ialah reka bentuk yang hampir menyamai di antara satu sama lain terutama sekali sedan EQE dan EQS.

Kedua-duanya membawa gaya membujur atau baji (wedge) untuk prestasi aerodinamik dan secara fizikalnya nampak lembut.

Kini tidak lagi untuk EQS 2024 yang tampil dengan panel radiator jenis melintang dalam warna krom (standard pada Business Class Line) dan nampak tegap seperti Mercedes-Benz lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Mercedes-Benz EQS 2024

 

Selain itu, logo Mercedes-Benz bukan lagi ditepek atas tukup dan kini ditegakkan dan secara keseluruhannya rupa depan lebih jantan.

Tidak hanya penampilan, pemilik boleh memandu lebih jauh tanpa kerap berhenti.

Keupayaan bateri ditingkatkan dari 108.4 kepada 118 kilowatt-jam (kWj) dan jarak tertinggi untuk EQS 450 boleh mencecah 800 kilometer (km).

Satu lagi perubahan yang dibuat ialah pada sistem brek. EV menggunakan pembrekan regeneratif dan brek cakera jarang digunakan berbanding model pembakaran dalaman.

 

Mercedes-Benz EQS 2024

 

Pada masa depan, pad brek akan digunakan secara automatik dari semasa ke semasa melalui fungsi khas. 

Pada bahagian dalam, penyandar kerusi belakang boleh dilaras dari 27 sehingga 36 darjah melalui sentuhan pada butang kawalan.

Kusyen tambahan pada bahagian belakang dipertingkat dengan kun alur (piping) daripada kulit Nappa.

Balutan kerusi berlapis menonjolkan ruang kerusi peribadi dan busa penyandar belakang ditambah lima milimeter. Balutan sisi kerusi (bolster) dipisahkan dari bahagian utama.

 

Mercedes-Benz EQS 2024

 

Pelanggan EQS yang memilih Extended Rear Luxury Lounge Pack dapat menikmati perehat kaki dengan condongan istimewa pada kerusi kanan.

Kerusi penumpang boleh dilipat ke depan dan penyandar kerusi belakang boleh dilaras sehingga 38 darjah dan menyediakan lebih banyak ruang.

Ciri pilihan turut merangkumi pemanas kerusi Plus dan pemanas leher dan bahu di belakang selain pelarasan pneumatik untuk kedalaman kerusi.

Riasan bercahaya dipasang pada bahagian belakang kerusi depan.

 

Mercedes-Benz EQS 2024

 

Lagi pembaharuan yang dibuat ialah MBUX Hyperscreen dijadikan ciri asas pada EQS 2024. Tiga skrin disatukan dengan lebar melebihi 141 sentimeter.

Pam pemanas juga dijadikan ciri asas dengan sisa haba dari pacuan elektrik (penyongsang dan motor elektrik) dan bateri boleh digunakan untuk memanaskan dalaman kereta.

Fungsi itu mengurangkan keperluan penggunaan kuasa bateri untuk pemanas dan meningkatkan jarak pemanduan.

Unit pemisah atau DCU untuk model 4MATIC memisahkan motor elektrik pada gandar depan secara automatik berdasarkan keadaan dan keperluan pemanduan.

Di dalam bebanan rendah, DCU menukar kepada mod pemanduan 4x2 dengan motor elektrik dan transmisi pada gandar depan terhenti dan menambah jarak pemanduan.

 

Mercedes-Benz EQS 2024

 

Tahap penjanaan tenaga juga ditingkatkan yang bermakna lebih banyak tenaga dapat dikembalikan dan menambah jarak pemanduan.

Mercedes-Benz turut mengoptimumkan sistem pembrekan dan mempunyai rasa pedal lebih baik hasil ubah suai pada silinder daya brek.

Sebagai sebuah kenderaan yang terhubung, banyak kemas kini dibuat secara dalam talian (OTA) sebagai contoh DolbyÒ Atmos dan panduan perjalanan digital.

Model EQ lain bakal menyusul dan memanfaatkan penambahbaikan yang dibuat pada sedan elektrik mewah ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-Benz EQS 2024