Honda Ye Series, EV baharu untuk China, Ye P7, Ye S7 dan Ye GT Concept

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Ye GT Concept
Honda Ye GT Concept
Penawaran kenderaan elektrik (EV) dari Honda semakin rancak dengan Ye Series diperkenal untuk pasaran China.

Honda merancang untuk memperkenal enam model Ye Series menjelang 2027 dan tiga model terlebih dahulu dipertonton di Auto China 2024.

Tiga model pembuka bicara tersebut ialah Ye P7 dan Ye S7. Sebuah lagi iaitu Ye GT CONCEPT mewakili kumpulan kedua Ye Series.

Honda sekarang ini menawarkan siri EV e:N di China dan model Ye Series akan menjadi tambahan baharu dan membentuk himpunan EV dari syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Ye Series 2024

 

Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum dipastikan sama ada Ye Series bakal dibawa ke negara luar.

Reka bentuk luar dan dalam Ye Series nampak menyakinkan dan berbeza daripada model Honda sedia ada.

Kesemua model Ye Series juga akan menggunakan logo H khusus untuk EV Honda generasi baharu.

Siri baharu ini dinamakan dari perkataan bahasa Cina 烨 yang bermaksud shine brilliantly atau bersinar dengan cemerlang.

 

Honda Ye S7 2024

 

Honda seperti biasa menggunakan konsep Man Maximum, Machine Minimum (M/M) dan dibangunkan dari pelantar EV baharu. 

Walaupun membawa rekaan segar, aura Honda masih dirasai pada tiga sekawan Ye Series.

Honda Ye P7 dan Ye S7

Dari sisi, kedua-dua P7 dan S7 menyamai di antara satu sama lain termasuk rim.

Bahagian depan langsung berbeza dan belakang P7 mewarisi lampu bentuk sepit ketam sejak sekian lama.

Honda menawarkan dua varian iaitu motor tunggal pacuan belakang (RWD) dan dua motor pacuan empat roda (4WD). Kedua-duanya direka dengan falsafah joy of driving.

 

 Honda Ye P7

 

Model RWD direka untuk pengendalian sporti dan kemas manakala model 4WD direka bagi menawarkan kuasa tinggi dan pengendalian dengan gerak balas tinggi.

Bahagian dalaman nampak sibuk seperti model-model Honda sebelum ini selain meriah dengan nyalaan LED dan canggih melalui sistem bantuan yang dikuasakan kecerdasan pintar.

Tidak sekadar tampil dengan hebahan, pengguna di China tidak perlu menunggu lama apabila P7 dan S7 ditawarkan pada penghujung 2024.

Honda Ye GT CONCEPT

Bahagian depan model konsep ini mirip S7 dan dilahirkan sebagai sebuah Grand Tourer dengan badan rendah dan lebar.

 

Honda Ye GT Concept 2024

 

Kerusi pemandu direka ala pelumba dan bahagian dalam tampil futuristik. Terdapat tiga skrin dan untuk penumpang depan Honda mahu mewujudkan ruang ala pawagam peribadi.

Sebagai kumpulan kedua model Ye Series, model produksi berasaskan Ye GT CONCEPT dirancang untuk dijual sebelum penghujung 2025.

Sempena nama Ye, Honda Malaysia juga patut menjawab 'Ye' bagi membawa tiga sekawan ini untuk pelanggan tempatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Ye GT Concept 2024